Saturday, August 16, 2014

Segmen Ceritera Merdekaku by Dunia Zumal

KLIK BANNER UTK TURUT SERTAI
TAMAT: 16 SEPTEMBER 2014

Merdeka! Alhamdulillah Malaysia telah merdeka selama 57 tahun. Sambutan merdeka tahun ni terasa amat meriah, sebab saya terpilih untuk mengikuti perbarisan kemerdekaan. Seronok dan teruja setiap kali menjalani latihan perbarisan. Saya dan rakan-rakan lain berkumpul setiap petang di sekolah untuk membuat latihan. Walaupun letih, penat, panas..kami kuatkan semangat.

Sehari sebelum menjelangnya Hari Kemerdekaan, kami sekali lagi membuat raptai perbarisan. Membuat latihan di tapak kemerdekaan diadakan iaitu di stadium. Walaupun bukan acara sebenar, tapi ramai yang datang membuat latihan di situ. Seronok!

Sebelah malam, saya cuba untuk tidak makan banyak. Malah minum air pun dalam kuantiti sedikit. Saya risau andai ketika perbarisan nanti saya asyik rasa nak ke tandas, nak buang hajat besar, nak buang air kecil. Macam-macam rasa bila saya terlalu berdebar. Malah nak tidur pun tak lena, asyik teringat-ingat hari bersejarah yang bakal berlaku keesokannya.

Pagi itu, saya bangun awal, bersiap-siap untuk menunggu rakan yang lain di sekolah. Sebelum guru datang menjemput kami untuk dibawa ke stadium. Di stadium kami berbaris mengikut arahan guru. Acara Hari Merdeka yang sangat meriah diikuti dengan perbarisan kemerdekaan kami. Sebelum pulang, kami sempat bergambar bersama guru. Sesampai sahaja di rumah, saya terus rebahkan badan di katil, tidur dengan nyenyaknya. Balas dendam untuk tidur yang tak lena malam sebelumnya gara-gara memikirkan hari kemerdekaan.


Selamat Hari Merdeka Malaysia..

2 comments:

Dunia Zumal said...

Sama la kita, zumal pun terlibat dalam perbarisan kemerdekaan. Terima kasih kerana sudi join. Moga berjaya yer ^_^

Dunia Zumal said...

Salam Madiah, zumal akan umumkan pemenang pada 20 September 2014 ini, nantikan yer. Sekarang boleh semak link dan berblogwalking sesama peserta di sini http://azmworld.blogspot.com/2014/09/senarai-peserta-segmen-ceritera.html