KLIK BANNER UTK TURUT SERTAI
TAMAT: 16 SEPTEMBER 2014
Merdeka!
Alhamdulillah Malaysia telah merdeka selama 57 tahun. Sambutan merdeka tahun ni
terasa amat meriah, sebab saya terpilih untuk mengikuti perbarisan kemerdekaan.
Seronok dan teruja setiap kali menjalani latihan perbarisan. Saya dan
rakan-rakan lain berkumpul setiap petang di sekolah untuk membuat latihan.
Walaupun letih, penat, panas..kami kuatkan semangat.
Sehari
sebelum menjelangnya Hari Kemerdekaan, kami sekali lagi membuat raptai
perbarisan. Membuat latihan di tapak kemerdekaan diadakan iaitu di stadium.
Walaupun bukan acara sebenar, tapi ramai yang datang membuat latihan di situ.
Seronok!
Sebelah
malam, saya cuba untuk tidak makan banyak. Malah minum air pun dalam kuantiti
sedikit. Saya risau andai ketika perbarisan nanti saya asyik rasa nak ke
tandas, nak buang hajat besar, nak buang air kecil. Macam-macam rasa bila saya
terlalu berdebar. Malah nak tidur pun tak lena, asyik teringat-ingat hari
bersejarah yang bakal berlaku keesokannya.
Pagi itu,
saya bangun awal, bersiap-siap untuk menunggu rakan yang lain di sekolah.
Sebelum guru datang menjemput kami untuk dibawa ke stadium. Di stadium kami
berbaris mengikut arahan guru. Acara Hari Merdeka yang sangat meriah diikuti
dengan perbarisan kemerdekaan kami. Sebelum pulang, kami sempat bergambar
bersama guru. Sesampai sahaja di rumah, saya terus rebahkan badan di katil,
tidur dengan nyenyaknya. Balas dendam untuk tidur yang tak lena malam
sebelumnya gara-gara memikirkan hari kemerdekaan.
Selamat
Hari Merdeka Malaysia..
2 comments:
Sama la kita, zumal pun terlibat dalam perbarisan kemerdekaan. Terima kasih kerana sudi join. Moga berjaya yer ^_^
Salam Madiah, zumal akan umumkan pemenang pada 20 September 2014 ini, nantikan yer. Sekarang boleh semak link dan berblogwalking sesama peserta di sini http://azmworld.blogspot.com/2014/09/senarai-peserta-segmen-ceritera.html
Post a Comment