NAK JOIN SEKALI? KLIK BANNER ATAS
DUE DATE: 15 OKTOBER 2014
Gambar:
Perjalanan memasuki badan pesawat MasWings
Info
MasWings: Pesawat komersil paling terkecil dalam senarai kapal terbang milik
syarikat Malaysia Airlines (MAS). MasWings digunakan untuk penerbangan
domestik, dalam negeri sahaja. Membawa penumpang seramai 19 orang, tiada
pramugara/pramugari, dikemudikan 2 orang juruterbang.
Kehilangan
MH370 yang begitu misteri, sehingga kini tiada satu buktipun menunjukkan
penemuan objek badan pesawat. MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak,
mengorbankan 298 nyawa. Tidak cukup dengan itu, pesawat MasWings terbabas dari
landasan melanggar pagar kediaman hingga mengakibatkan seorang penumpang dan
juruterbang terbunuh.
Gerun,
takut, risau, perasaan yang bercampur aduk, setiap kali diriku memasuki badan pesawat.
Terkumat-kamit mulutku membaca doa. Memohon kepadaNya agar penerbangan ini
terbang dengan selamat.
Ajal
itu di tangan tuhan. Mengapa perlu berasa gentar untuk naik pesawat? Ketakutan
yang tidak membantu kelancaran penerbangan. Lupakah aku tujuan aku menaiki
pesawat? Mahukah aku seperti mereka yang menolak peluang kerana takutnya mereka
untuk terbang?
Untuk
menggenggam kejayaan, aku harus menepis rasa takut. Mengecas minda positif! Berani
berubah, berani bertindak, berani mengambil risiko, berani berusaha keras,
berani melangkah! Ketakutan hanya penghalang mencapai kejayaan.
Aku
beranikan diri! Mengambil ‘peluang’ yang mereka tidak mahukan. Alasannya kerana
mereka takut untuk terbang.
Dalam
menjadi orang yang berjaya, begitu banyak halangan dan cabaran yang perlu kita
tempuhi. Risiko sentiasa ada di mana-mana. Beranikanlah diri. Orang yang
berani, orang yang mengalahkan rasa takutnya. Keberanian menolak diri kita
untuk melangkah kehadapan, belajar, berjuang untuk mendapatkan kejayaan.
Jom
kita fikir sejenak, ‘orang yang berjaya, diawali dengan keberanian untuk
melakukannya’. Keberanian itu undangan kepada KEJAYAAN.
Mini Contest My Lense Story ini dianjurkan oleh kizmyself, dengan kerjasama Pingje.Org, Blog Melayu Terkini, Media Info
2 comments:
terima kasih atas sokongan
shad blogwalking dari segmen sama, http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/10/contest-my-lense-story-kaulah-teman.html
Post a Comment