Saturday, October 4, 2014

Contest My Lense Story: Berani Terbang

NAK JOIN SEKALI? KLIK BANNER ATAS
DUE DATE: 15 OKTOBER 2014

Gambar: Perjalanan memasuki badan pesawat MasWings
Info MasWings: Pesawat komersil paling terkecil dalam senarai kapal terbang milik syarikat Malaysia Airlines (MAS). MasWings digunakan untuk penerbangan domestik, dalam negeri sahaja. Membawa penumpang seramai 19 orang, tiada pramugara/pramugari, dikemudikan 2 orang juruterbang.

Kehilangan MH370 yang begitu misteri, sehingga kini tiada satu buktipun menunjukkan penemuan objek badan pesawat. MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak, mengorbankan 298 nyawa. Tidak cukup dengan itu, pesawat MasWings terbabas dari landasan melanggar pagar kediaman hingga mengakibatkan seorang penumpang dan juruterbang terbunuh.

Gerun, takut, risau, perasaan yang bercampur aduk, setiap kali diriku memasuki badan pesawat. Terkumat-kamit mulutku membaca doa. Memohon kepadaNya agar penerbangan ini terbang dengan selamat.

Ajal itu di tangan tuhan. Mengapa perlu berasa gentar untuk naik pesawat? Ketakutan yang tidak membantu kelancaran penerbangan. Lupakah aku tujuan aku menaiki pesawat? Mahukah aku seperti mereka yang menolak peluang kerana takutnya mereka untuk terbang?

Untuk menggenggam kejayaan, aku harus menepis rasa takut. Mengecas minda positif! Berani berubah, berani bertindak, berani mengambil risiko, berani berusaha keras, berani melangkah! Ketakutan hanya penghalang mencapai kejayaan.

Aku beranikan diri! Mengambil ‘peluang’ yang mereka tidak mahukan. Alasannya kerana mereka takut untuk terbang.

Dalam menjadi orang yang berjaya, begitu banyak halangan dan cabaran yang perlu kita tempuhi. Risiko sentiasa ada di mana-mana. Beranikanlah diri. Orang yang berani, orang yang mengalahkan rasa takutnya. Keberanian menolak diri kita untuk melangkah kehadapan, belajar, berjuang untuk mendapatkan kejayaan.

Jom kita fikir sejenak, ‘orang yang berjaya, diawali dengan keberanian untuk melakukannya’. Keberanian itu undangan kepada KEJAYAAN. 

2 comments:

kizmyself said...

terima kasih atas sokongan

Shad said...

shad blogwalking dari segmen sama, http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/10/contest-my-lense-story-kaulah-teman.html