Thursday, June 1, 2017

Resepi Ayam Kukus Halia Mudah & Sedap

Resepi Ayam Kukus Halia Mudah & Sedap
Salam Ramadhan 2017. Hari ni saya nak share menu kegemaran saya berbuka puasa. Seperti yang anda boleh tengok kat tajuk tu, ayam kukus halia merupakan menu iftar kesukaan saya. Ye la selepas penat berpuasa seharian, teringin tekak ni nak makan masakan ala-ala stim. Yang tak bergoreng. Ayam kukus halia menepati cita rasa tekak saya.


Cara Masak Ayam Kukus Halia
Berikut merupakan bahan yang digunakan untuk buat ayam kukus halia dan cara membuatnya.
Bahan-bahan:
1 bahagian dada ayam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 inci halia
Serai
Garam

Cara memasak:
Potong dada ayam kemudian bersihkannya. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Serai dititik (diketuk). Lumur ayam dengan garam. Kemudian panaskan pengukus. Masukkan kesemua bahan tadi, termasuk serai. Kukus sehingga ayam masak.

Masak Ayam Kukus Halia Menggunakan Pengukus Trio Dari Lazada
 trio food steamer
Pengukus Trio – Trio Food Steamer

Yang suka makan masakan berkukus seperti saya, saya cadangkan gunakan pengukus Trio ni. Cepat masakkan ayam. Proses stim ayam bertambah mudah. Hanya ON suis je bila nak gunakan. Makanan dimasak dengan cepat. Reka bentuk pengukus ni yang segiempat besar, boleh memuatkan seekor ayam didalamnya. Hebat kan? So yummy la ayam kukus halia tu. Jom dapatkan pengukus ni di sini: TRIO FOOD STEAMER

 lazada sale ramadhan 2017, lazada sale raya 2017

Pengumuman!!! Diskaun hebat ditawarkan di Lazada sekarang: MARHABAN YA RAMADHAN AND RIANG RIA SALE bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017. Di mana anda boleh dapatkan barangan pada harga diskaun sehingga 90%. Aaaaaa…nak shopping barang raya. Inilah peluang keemasan. Jom rembat segera! Jangan lupa untuk mencuba resepi ayam kukus halia mudah & sedap ye. Selamat menjalani ibadah puasa. Salam Ramadhan Al Mubarak.

No comments: