Thursday, September 11, 2014

Giveaway Merdeka 57 by Mawar Biru

 Giveaway Merdeka 57
Jom join ramai2. Klik banner.


Saya menghargai kemerdekaan dengan cara mengibar jalur gemilang di rumah. Menyelami sejarah Malaysia, menghayati kisah pejuang negara. Jasa dan pengorbanan pejuang negara begitu besar buat diri saya. Tanpa pejuang negara, tiadalah kemerdekaan dikecapi Malaysia. Doa dan sedekah Al-Fatihah yang mampu saya balas jasa pejuang negara.

Saya juga mengikuti aktiviti perbarisan di sekolah. Perbarisan untuk hari kemerdekaan, juga merupakan salah seorang wakil sekolah bagi tingkatan 6 dalam perbarisan ni. Melalui perbarisan sebegini menyalurkan rasa semangat saya dalam cintakan negara.

Malah saya juga menyertai pertandingan menulis esei sempena hari kemerdekaan yang dianjurkan oleh guru Sejarah kami. Walaupun tidak terpilih sebagai pemenang, saya seronok menyertai pertandingan sebegini. Idea dan curahan pendapat saya huraikan dalam esei tersebut, menandakan betapa saya menghargai makna sebuah kemerdekaan negara.

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bergelar pelajar sekolah menengah, saya akan belajar bersungguh-sungguh. Mendalami ilmu pengetahuan dan berusaha untuk menempatan diri saya masuk ke universiti. Selepas habis belajar nanti, saya ingin mencari pekerjaan, menjadi pekerja terbaik, menyumbang ekonomi negara, menyumbang idea bernas untuk pembangunan negara.

Saya ingin negara Malaysia ini terus maju, ekonomi kukuh, pembangunan mapan, perpaduan utuh, aman makmur, keharmonian berkekalan sampai bila-bila. Tanpa pendidikan, mundurlah negara, apalah erti sebuah kemerdekaan jika anak bangsanya tidak berpelajaran. Dengan pendidikanlah, kita boleh memacu Malaysia maju ke depan, merasai kelebihan makna sebuah negara merdeka.

1 comment:

Unknown said...

singgah dari segmen yang sama

http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html